Skinpress Rss

9/18/2014

Allahu...

0



Allahu..SENTAP tengok kawan post kat fb..selagi Allah belum mangambil nyawa, masih ada ruang taubat untuk hamba-Nya. Allah Maha Pengampun.

Ceria Pelangi:)

0

Assalamualaikum..sahabat:)

“Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?” tanya seorang sahabat kepada saya.
“Mencintaimu kerana Allah,” ringkas jawapan saya.
Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati.
“Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya,” luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.
Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi. “Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah ‘dia milik aku’ sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini,” memandang sahabat dengan penuh pengertian.
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakan innate motive.

Maknanya tak boleh berkasih sayang lah??
Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu ‘dia milik aku’.
Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara.” (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah.. [artikel dari ILUV ISLAM]

Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,

Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,

Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

(Tadika Kemas, SKPCT, SMAKH, UniSZA, IPG Kampus Perempuan Melayu)





9/17/2014

Intai-intai Resipi 'Secubit Garam'

0

Assalamualaikum..seronok balik cuti??
Siapa tak seronok balik kampung..semua ada! Cakap je nak makan apa mesti keluarga sediakan..rehat-rehat kat rumah tu boleh la intai resipi baru..
Jom kita intai resipi2 yang saya ambil dari blog http://www.secubitgaramnor67.com/. Buat pengetahuan semua, ni blog ibu kepada sahabat yang saya kenal sejak darjah 1 lagi. Blog ni telah mencapai hits melebihi 1 juta tau. Hebat kan??? Resipi dia mesti kaw kaw punya. Ni antara puding yang saya minat. Puding Karamel! atau nama samarannya..PUDING GULA HANGUS :D. Selamat mencuba resipi istimewa ini..semoga berjaya dan diberkati Allah selalu.



Bahan2:


5 biji telur A1 tin susu cair5 sudu besar gula2 keping roti250 ml air1 sudu kecil vanila
Utk karamel/gula hangus:4 sudu besar gula3 sudu besar air panas

Cara:

Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:

Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.Tuang ke dalam loyang dan ketepikan. Untuk membuat puding:Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.

# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.

KATA2 HIKMAT Imam As Syafi'i RH

0

"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta" (Imam As Syafi'e)

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menganggung peritnya kebodohan" (Imam As-Syafi'e)


Selamat bercuti kepada sahabat2 siswi pendidik..semoga sentiasa dalam rahmat Allah;)

8/27/2014

New blog!!

0

Selamat datang ke blog ZeRo to HeRo ^_^. Semoga dengan adanya blog ini dapat memberi manfaat kepada semua. Jangan lupa follow tau! ;)